PELAPOR TIADA INTERGRITI - DIN ADAM
Laporan sebuah akhbar harian Selasa lalu yang bertajuk “Tandas terbiar jadi tempat berteduh” mengundang reaksi pelbagai pihak. Tinjauan di media sosial, ramai yang menyalahkan pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Malah ada yang mengambil peluang untuk mencaci dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin negeri.
Masakan tidak, dalam tempoh lima tahun Malaysia menuju negara maju di Bijangga, Dungun tujuh beranak dilaporkan terpaksa tidur dalam tandas terbiar. Cukup sayu dan amat menyedihkan. SINI
Tetapi bagi Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam, laporan berita satu muka surat itu tidak tepat dan tiada integriti.
“Yang buat berita ini tiada integriti,” komen beliau dalam status facebook Jasme Taib hari ini.
Jelas Dato’ Din melalui facebook beliau, “Kita dah bantu mereka yg mendiami ditanah milik org perseorangan yg akan dibangunkan dgn dipindahkan ke rumah murah dan pemberian tanah kerajaan kpd mereka mengikut pilihan mereka sendiri sebelum ini ttp telah berlaku disebaliknya apabila terdapat mainan yg tak baik dr org2 tertentu meracuni fikiran mereka“.
Semalam, Dato’ Din yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun telah mengunjungi keluarga Hadi Al-Hafiz Musa, 30, bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk keluarga berkenaan.
Sementara itu, Jasme yang turut serta dalam kunjungan itu menyingkap cerita sebenar di sebalik laporan akhbar itu.
Jasme melalui akaun facebooknya berkata, “Mereka antara yg menduduki tanah persendirian yg sudah berpuluh2 tahun. Saya tidak mahu melibatkan isu kepartian dlm hal ini. Apabila smpai masa tuan tanah nak ambik balik hak mereka, kerajaan melalui Dato Hj Din Adam telah memberi pilihan kpd mereka utk pilih tanah atau rumah mampu milik pemberian khas kerajaan.
“Ada yg memilih pemberian tanah. Dan org ini adalah antara yg memilih pemberian tanah. Sebgai tanda perikemanusiaan, kita memberi pilihan sementara menetap di flat Bijangga dgn kita tanggung kos masuk namun beliau menolak. Jika masih ada kekosongan rumah mampu milik, kita ikhtiarkan beliau ke situ”.
“Adik beradik beliau ada yg mampu tanggung kos bayaran bulanan tapi mereka memilih jalan yg sebegitu. Beliau boleh memilih yg terbaik utk diri dan keluarganya. Hal2 peribadi beliau saya simpan sebgai kerahsiaan”.
“Apa pun, kita memberi komitmen utk mencari penyelesaian terbaik demi utk anak2 beliau.”
No comments