“Program PUSAT SENI SETEMPAT 2014” BUBUR ASYURA Teluk Paku
Program memasak bubur asyura yang diadakan di Kampung Teluk Paku dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu dinamakan “Program PUSAT SENI SETEMPAT 2014” berjaya menarik penyertaan penduduk setempat dan beberapa agensi yang hadir memeriahkan acara berkenaan.
Sebanyak 5 periuk bubur asyura berjaya dimasak oleh peserta yang mewakili Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu ,PDRM ( Balai Cabang Tiga), Jabatan Sukarewan Malaysia(RELA) Dun Wakaf Mempelam,KRT, Belia 4B(C), dan UMNO Cawangan 4 peringkat serta pelbagai lapisan penduduk di kampung Teluk Paku.

Program ini dihadiri bersama Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri , Encik Zaifri Husin dan beberapa orang kakitangan jabatan tersebut turut menyumbangkan tenaga mengacau bubur asyura.
Menurut Zaifri, Kampung Teluk Paku dipilih pada tahun ini kerana mengikut rekod jabatan ada ia adalah Kampung yang paling aktif dalam apa jua program yang dibuat dan sentiasa mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat.
“Ini dalah salah satu Kampung contoh kepada seluruh kampung yang ada didalam negeri Terengganu ini kerana penglibatan masyarakat kampung ini dari anak kecil sehinggalah orang dewasa”.
“Saya cukup-cukup teruja apabila bersama-sama masyarakat Kampung Teluk Paku didalam program yang dianjurkan bersama Jabatan saya kali ini”,katanya.
Sementara itu kehadiran Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabril Alwi juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu memeriahkan lagi suasana persekitaran di lokasi tempat memasak.
Mohd Sabri berkata, beliau bangga melihat semangat kerjasama penduduk yang mengambil bahagian dalam program itu dan menampakkan ciri-ciri perpaduan dan keharmonian penduduk kampung ini dan ia sebagai contoh yang patut dterapkan kepada kampong-kampung lain didalam Kuala Terengganu ini.
Beliau sebelum itu turut bergotong royong mengacau bubur asyura sambil meninjau kerja yang dilakukan oleh peserta sejak awal pagi semalam.
“Saya cukup bangga melihat keadaan ini yang mana jarang-jarang terdapat dikampung lain apabila sesuatu program yang dijalankan semua lapisan masyarakat akan keluar gotong royong bersama-sama kepimpinan kampung ini,”katanya.

Program ini juga diserikan dengan persembahan kumpulan Marhaban dari Wanita UMNO Cawangan Teluk Paku semasa ketibaan Yang Bebahagia Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi.
No comments