Beginilah Keadaan Kampung Yang Mana Kerakusan Mereka
"Foto diambil pada tahun 2014 semasa memasang Bolong Air di tanah berkenaan" |
Kecaknaan
Kerajaan Negeri Terengganu menyelesaikan masalah rakyat telah banyak dilakukan
dengan kerjasama jabatan-jabatan dan juga agensi yang turut memainkan perananan setiap
kali masalah diadukan kepada pihak berkenaan.
Disaat Negeri Terengganu mengalami perubahan monson yang mana saban tahun akan berlakunya
hujan yang berlebihan akan menyebabkan kawasan-kawasan yang rendah
ditengelami air (banjir).
Disamping
itu juga dengan kelekaan dan ketamakkan sesetengah masyarakat dinegeri ini yang
tidak mempunyai sikap tolak ansur sesama meraka akan menyebabkan masalah baru
akan timbul.
Sebagai
contoh yang terbaru dialami penduduk Kampung Teluk Paku yang terpaksa menghidu
bau air busuk yang bertakung selama 2 minggu lalu telah dimuatnaikkan oleh
Terengganu Times keadaan semasa kampung tersebut,
Sebelum
ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu sudah sekian lama
menjalankan pembersihan saluran air (parit) dikampung itu dan tidak mempunyai
masalah setiap kalinya tiba musim tengkujuh.
Menurut
beberapa sumber dan masyarakat kampung itu, punca kejadian sebenar permasalahan
itu kerana pemilik tanah yang bertukar ganti menyebabkan saluran air yang
selama 25 tahun telah ditimbus dan ditutup keseluruhannya.
Tanah
yang ditimbus itu dikatakan pemilik asalnya telah menukar nama kepada anak
pemilik itu dan menantunya(lelaki) mempunyai kuasa penuh keatas tanah tersebut.
Permulaan
pembinaan saluran air itu telah dipersetujui oleh
pemilik asal tanah dan telah berjanji akan terus membenarkan saluran air itu
kekal sehinggalah berakhir 2 tahun lalu ianya ditimbus oleh menantu kepada
pemilik asalnya.
Janji Awal pemilik tanah untuk tidak menimbus saluran itu dengan syarat kepimpinan Teluk Paku menyediakan bolong air berkenaan melakukan kerja-kerja timbus tanah |
Dan
kini hampir 1000 orang penduduk menanggung segalanya dan berkemungkinan ianya
boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti denggi, taun dan sebagainya yang
berkaitan.
Kerisaun
itu telah disuarakan kepada pemilik tanah akan tetapi telah menemuai jalan
buntu kerana pemilik itu tidak mahu bertolak ansur dan turut sama memarahi
penduduk kamg tersebut dan tidak membenar seinci tanahnya digunakan untuk
tujuan itu.
Sehubungan
dengan itu juga dikatakan percakapan dan perbincangan awal dengan pemilik tanah
berbunyai "Molek jugok buat saluran air ning... sekurang-kurangnya boleh
tolong orang atas nungg(penduduk Teluk Paku dan sekitarnya)... dok lemahh
air... dan pok cik buleh sikit sebanyak kekgi-kekgi (akhirat nanti)..., buatlah
pok cik izinkan..."
Memang
pada dasarnya penduduk kampung tersebut mengakaui itu hak pemilik tanah
akan tetapi budibicara dan peri kemanusiaan yang dimohon oleh mereka
kerana tiada jalan dan cara lain untuk menyelasai masalah tiu dengan
membuka kembali laluan yang dikatakan itu.
*Tetapi
kini ianya sudah menjadi kenangan kepada penduduk kampung Teluk Paku* - myterengganu.com
Gambar sebelum dan selepas ditutup saluran air yang terus ke sungai di kampung Sungai Derhaka |
Bolong Air yang ditutp dengan batu bata simen bagi menghalang air mengalir |
Tanah yang ditimbus sepenuhnya oleh pemilik tanah yang kedua |
No comments