MB Razif Mengadap Tuanku Sultan Terengganu Rabu ini


Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan mengadap Tuanku Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 11 april ini.

Perkara tersebut telah dikeluarkan oleh "Fan Page Facebook" milik YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan juga kenyataan media yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Wan Nabila Aisha Wan Bakhri sebentar tadi.

Selaras dengan itu, Ahmad Razif akan mendapatkan perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke-14, selari dengan pembubaran Parlimen pada 7 April 2018 sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tengahari ini.

Pada piliharaya umum ke 13 lalu, Barisan Nasional mendapat mandat sebanyak 17 kerusi DUN dari 32 kerusi dan sekaligus menjadi kerajaan negeri.

Sepanjang tempoh hampir satu penggal menjadi ketua negeri, Ahmad Razif telah berjaya memacu negeri Terengganu dengan cemerlang dan pentadbirannya kini berada dilandasan yang tepat bagi membawa negeri Terengganu terus berdaya saing dan maju.

Pelbagai kejayaan yang telah dicipta bersama sepanjang sepenggal pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke 14.


No comments

Powered by Blogger.