Jalan Kampung Teluk Paku Ditutup Kedua-Dua Arah

LAPORAN ARAS AIR DAN  HUJAN Lebat

Laporan pada 18 November 2014 jam 2000

A. TABURAN HUJAN
Hujan lebat (30mm keatas) dan sangat lebat (melebihi 60mm) telah direkodkan di semua stesen

1. Stor JPS Kuala Terengganu -88mm
2. Tok Adis Kuala Terengganu - 78mm
3. Jambatan Chalok - 112mm
4. Kampung Pelong Setiu - 114mm
5. Pengkalan Berangan, Marang - 111mm
6. Bukit Diman, H.Trg - 127mm
7. SK Bukit Sawa, Marang - 135mm
8. Al Muktafi Billah Shah, Dungun - 130mm

Keadaan ini menyebabkan beberapa kawasan rendah di naiki air akibat outlet tersumbat. Jalan Kubang Tangga - Pulau Musang dinaiki air sedalam 6 inci.

Jalan masuk dan keluar Kampung Teluk Paku dinaiki air sedalam 1 kaki. Ditutup kepada semua kenderaan ringan (motor dan kereta).

B. PARAS AIR SUNGAI DI STESEN PEMANTAUAN

I. Sungai mencapai paras BAHAYA

   Sungai Chalok di Jambatan Chalok
   Paras Semasa - 8.64m
   Paras BAHAYA - 8.40m  

II. Sungai mencapai paras AMARAN

   Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu
   Paras Semasa  - 11.56m
   Paras AMARAN  - 11.50m

   Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu
   Paras Semasa - 21.10m
   Paras AMARAN 21.00m

III. Sungai mencapai paras BERJAGA-JAGA
 
     Sungai Setiu di Merbau Menyusut, Setiu
     Paras Semasa - 24.14m
     Paras BERJAGA-JAGA - 24.00m

Paras sungai di stesen pemantauan lain masih berada di paras NORMAL tetapi kebanyakan sungai mula menunjukkan trend meningkat.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN HIDROLOGI,
BILIK GERAKAN BANJIR,
JPS N. TERENGGANU
18 Nov 2014 - 1300

No comments

Powered by Blogger.