Sama.sama Kita Berdoa Pagi Ini.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

ُِSalam pagi Khamis                                          27 Muharram 1436H,
20 November 2014.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk kami mengerjakan amal ibadat di sepanjang masa dan muga-muga kami mendapat rahmat dari Mu Ya Allah.

Ya Allah berilah kami kekuatan iman dan mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan umatMu yang mendapat taufik dan hidayah Mu.

Ya Allah berkatilah hidup kami, sinari diri kami dan bimbinglah hati kami dengan keikhlasan dan ketakwaan dan berilah kami kebahagian dunia akhirat agar kami selamat di bawah rahmat dan kasih sayang Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, , kami memohon agar di beri taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Ya Allah tambahkanlah  ilmu kami,  iman kami dan amalan kami.ُ

Ya Allah izinkan kami bernafas lagi dibumi Mi ini, syukur dan puji hanya untuk Mu.

Ya Allah bantulah kami mengharungi cabaran Mu hari ini dan janganlah biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang Engkau telah berikan. Ya Allah janganlah pula Engkau biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan.

Ya Allah cukupkan bagi aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan.

Ya Allah kurniakanlah iman yang sebati dengan diri kami, hiasilah iman dalam hati kami, doronglah kami supaya berasa benci  terhadap kekufuran, kefasikan dan kederhakaan dan jadikanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk. Ya

Allah panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kesihatan yang baik bagi kami, terangkan hati kami dengan Nur pancaran iman, tetapkanlah hati kami, perluaskanlah rezeki kami, dekatkanlah hati kami kepada kebaikan, jauhkanlah hati kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat baik kami.

Ya Allah kami memohon kepada Mu agar ditetap dan diteguhkanlah hati kami dalam segala urusan.

Ya Allah kami memohon kepada Mu hati yang bersih dan lidah yang jujur.

Ya Allah kami memohon kepada Mu kebajikan yang Engkau ketahui dan kami berlindung kepada Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui hal-hal yang ghaib.

Ya Allah Engkau yang membolak-balikkan kati, tetapkanlah hati kami diatas agama Mu.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.b

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

No comments

Powered by Blogger.