47 Pegawai Kerajaan Bertukar
Seramai 47 Pegawai Tadbir Negeri terlibat dengan pertukaran ke jawatan baharu berkuatakuasa 1 Januari depan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini berkata, pertukaran itu dibuat berikutan persaraan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Azlan Dagang pada 9 Disember baru-baru ini dan tamatnya tempoh perkhidmatan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada 31 Disember ini. SINI
Mereka yang terlibat dengan pertukaran itu ialah Dato’ Mohd Akil Haji Mat yang sekarang ini memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Dungun akan bertukar ke Pejabat Daerah Kuala Terengganu sebagai Pegawai Daerah.
Manakala Mohamad Kamil Othman yang merupakan Pegawai Daerah Kuala Terengganu akan memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu. Pengarah Yayasan Islam Terengganu Dato’ Mohd Yasim Awang pula bertukar ke jawatan Pegawai Daerah Dungun.
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu iaitu Azmi Razik memegang jawatan Pegawai Daerah Kuala Nerus. Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Mohd Shukri Azam sebagai Bendahari Negeri Terengganu.
Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ibrahim Mohamad memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Pengurus Kanan Projek Pembangunan Kuala Nerus, UPEN Terengganu, Mohd Zahari Md Azahar sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Che Razali Adis sebagai Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu. Timbalan Pengarah (Khidmat pengurusan) Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Yussof Ali sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus.
Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Anuar Awang sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman. Manakala Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman pula, Alias Mamat mengambil alih jawatan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol) Terengganu, Zawawi Abd Rahman ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus. Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran dan Hak Milik) Terengganu Rosli Latif sebagai Pengurus Unit Invest Terengganu.
Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim sebagai Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.
Ketua Pegawai Operasi Pusat Sains Negeri Terengganu, Ahmad Farhan Abdul Wahab ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team (TSG). Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, Ahmad Faris Abdul Razak sebagai Pengurus Unit Perumahan Negeri.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu, Lizan Che Mat bertukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran dan Hak Milik) Terengganu. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat) Terengganu Afnida Aini Alwi sebagai Ketua Pegawai Operasi Pusat Sains Negeri Terengganu.
Ketua Penolong Pengarah (Pelaburan) UPEN Terengganu, Zulkifliy Isa sebagai ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol) Terengganu. Pengurus Unit Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Mohd Rashdan Muda bertukar ke jawatan Pengurus SUKTRA dan Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Terengganu, Nuzulnisa Barudin sebagagai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat) Terengganu. Setiausaha Majlis Daerah Besut, Zahanapi Sagaf sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut.
Pengarah (Bahagian Pengurusan Harta) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Ahmad Rizal Mamat sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu. Pengurus SUKTRA dan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Mohd Fadli Ngah ke jawatan Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Sementara Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pengambilan Tanah I) Kuala Terengganu, Fakhrol Ruzi Ibrahim sebagai Setiausaha Majlis Daerah Besut. Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan dan Pengambilan Tanah II) Kuala Terengganu, Mohd Zalizan Sulong sebagai Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pengambilan Tanah) Kuala Terengganu.
Manakala Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Penolong Kanan Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Kuala Terengganu, Azman Ghani@Hussin sebagai Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Kuala Terengganu.
Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Kuala Terengganu, Suhailawati Saigai bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Terengganu. Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus UPEN Terengganu, Mohd Nasir Kasim sebagai Setiausaha Majlis Daerah Setiu.
Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah dan Pelupusan) Setiu, Siti Mariam Hamid bertukar ke jawatan Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Besut. Penolong Pengarah Kanan (Perlesenan) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zul Izhar Mohd Zulkifli sebagai Penolong Kanan Pegawai Daerah Kuala Nerus.
Manakala, Penolong Setiausaha kerajaan (Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi) Terengganu, Mohd Adzhar Mohd Zahari ke jawatan Pengarah Jabatan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Dungun. Penolong Setiausaha kerajaan (Pertanian dan Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu), Mohd Shahril Shamsuddin ke jawatan Penolong Kanan Pentadbir tanah (Pembangunan Tanah dan Pelupusan) Setiu.
Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Besut, Sharifah Noornaimah Syed Mahmood ke jawatan Penolong Pengarah Kanan (Perlesenan) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan dan Hasil) Kuala Terengganu, Fardiana Hashim bertukar ke jawatan Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah) Kuala Terengganu.
Manakala Penolong Pentadbir Tanah (Pelupusan) Kuala Terengganu, Azilia Hani Abd Aziz ke jawatan Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah dan Pelupusan) Kuala Nerus. Penolong Pentadbir Tanah (Hasil) Kemaman Nurul Ain Husin ke jawatan Pegawai Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Dungun.
Sementara, Penolong Setiausaha Kerajaan (Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Terengganu, Khairul Anuar Yasin ke jawatan Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu. Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Mohd Yusof Salleh ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pertanian dan Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi) Terengganu.
Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Dungun, Mohammad Faizan Che Othman ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Terengganu. Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan dan Hasil) Hulu Terengganu, Ahmad Rafiqi Firdaus Ramli ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu.
Penolong Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran dan Operasi) Kerajaan Tempatan Terengganu, Mohd Shahrir Ghani ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi) Terengganu. Manakala, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu, Raja Faisal Raja haru ke jawatan Ketua Unit Media Baru (UKOM).
Penolong Pengurus (Pengurusan Acara), Toursim Terengganu, Mohamad Nasir Md Said ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Kuala Nerus. Penolong Pengarah (Industri) Unit Invest Terengganu, Azil Azwa Asha’ari bertukar ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan(Pentadbiran dan Operasi) Kerajaan Tempatan.
Penolong Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus, Mohd Fadli Jusoh bertukar ke jawatan Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Kuala Nerus.
No comments