Agenda Memesongkan Akidah Umat Islam




Assalamualaikum...
Bahagian Penapisan Dan Pameran, Pusat Da'wah  Islamiah ingin memberikan penjelasan mengenai buku bertajuk :
"Beginilah Al-Quran Mengajar Kami", Penulis: Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir dan Mohd Zamri Mohd Zainuldin. Terbitan: Telaga Biru, yang dipercayai mengandungi fakta mengelirukan pada mukasurat 32.

Dimaklumkan bahawa hasil penelitian Unit Penapisan Terbitan-Terbitan mendapati bahawa, pada mukasurat 31 hingga 33 adalah menjelaskan mengenai dengan tajuk "CONTOH KITAB TAFSIR YANG BAIK" dan "CONTOH KITAB TAFSIR YANG SESAT DAN SALAH" sepertimana yang telah ditekankan oleh penulis buku berkenaan.

Oleh itu, isi kandungan pada mukasurat 31 hingga 33 berkenaan jelas hanya menerangkan mengenai contoh kitab tafsir yang sesat dan salah.

Sehubungan dengan itu, isi kandungan di dalam buku berkenaan tidak bercanggah dengan aqidah Islam sebagaimana yang disebarkan melalui Whatsapp dan maklumat yang telah disebarkan itu adalah tidak betul.

Pusat Da'wah Islamiah (PDI) ingin mengucapkan terima kasih atas keperihatinan orang ramai mengenai perkara ini.

Jika orang ramai ada kemusykilan mengenai sebarang terbitan yg disyaki mengelirukan & menyeleweng daripada ajaran Islam, orang ramai bolehlah menghubungi PDI melalui talian 2383996 / 2383882 / 2383447 atau layari Fanpage Pusat Da'wah Islamiah.‌‌‍‌‍‍‌
[USTAZ ZAMRI CAKAP ADA NABI LEPAS NABI MUHAMMAD?]

Astaghfirullahalazim.

2-3 hari ini tersebar di laman sosial seperti whatsapp tentang isi kandungan muka surat 32 buku tulisan saya dan ustaz nizam "Beginilah al-Quran Mengajar Kami" yang telah disalah ertikan maksudnya oleh ramai orang awam.

Saya mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan ini kerana ia melibatkan soal akidah.

Jika dibaca pada MUKA SURAT 32 SAHAJA, ayat itu menerangkan tentang tafsir al-Quran yang mengatakan;

1. Ada lagi Nabi Baru selepas Nabi Muhammad.

2. Wajib taat kepada pemimpin kafir dan jahat.

Sedangkan sebenarnya ayat-ayat dalam perenggan tersebut sedang menerangkan tentang CONTOH KITAB TAFSIR YANG SESAT DAN SALAH.

Saya Ulang.

CONTOH KITAB TAFSIR YANG SESAT DAN SALAH.

Boleh lihat gambar kerana tajuk tersebut berada pada MUKA SURAT 31.

Jadi, sudah tentu ayat pada perenggan tersebut (MUKA SURAT 32) menerangkan tafsir al-Quran yang salah dan sesat.

---------------------------------------------------------------

Justeru di sini saya menyeru semua sahabat-sahabat untuk:

1. Menyampaikan perkara ini jika ada kawan-kawan yang telah tersalah faham.

2. Mengambil langkah berhati-hati sebelum menyebarkan ilmu agama di laman sosial. Bimbang disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

3. Memahami semua berita, maklumat dan ilmu dalam konteks yang betul, secara menyeluruh. Bukan sekerat-sekerat.

Wallahualam. : Ustaz Zamri (Mari Mengaji TV9)..Mantop!




No comments

Powered by Blogger.