Terengganu Mendahului DABONG Sebagai DUN Angkat Kerajaan Negeri

Encik Zaidi Muda, Pengerusi Majlis Belia Terengganu Merangkap Timbalan Pengerusi Skuad Sukarelawan Transfomasi Terengganu Baru (SSTTB)
Encik Zaidi Muda, Pengerusi Majlis Belia Terengganu Merangkap Timbalan Pengerusi Skuad Sukarelawan Transfomasi Terengganu Baru (SSTTB)
DSC_3264Saya membaca satu rencana Berita Harian semalam yang mencadangkan konsep kampung angkat bagi membantu Kelantan yang dilanda bencana banjir baru baru ini. Saya menyokong konsep ini agar bantuan lebih fokus dapat diberi & dapat memulihkan Kelantan dengan cepat.

YAB Menteri Besar Terengganu telah mendahului konsep ini dengan menjadikan Dabong sebagai DUN Angkat kepada Terengganu. Saya berada di dabong lebih kurang 2 minggu bagi membantu memulihkan Dabong serta memberikan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh rakyat Dabong.

Kerajaan Terengganu telah menghulurkan bantuan barangan asas kepada hampir 4 ribu keluarga. Rumah rumah Transit juga dibina oleh Kerajaan Terengganu bagi keperluan sementara kepada yang kehilangan rumah dalam bencana banjir. 

Selain itu seramai hampir 6 ribu orang Sukarelawan TTB juga hadir bagi melaksanakan kerja kerja pembersihan di Dabong, antaranya ialah sekolah sekolah, klinik, kuaters dan masjid. Terbaru YAB Menteri Besar juga telah meluluskan pemasangan karpet baru di masjid Jelawang yang musnah akibat banjir.

Konsep yang diperkenalkan ini akan mempercepatkan pemulihan sesuatu kawasan. Kini Dabong hampir pulih. Jika negeri lain menjadikan konsep anak angkat jni sebagai agenda mereka.

Tahniah YAB Dato Menteri Besar Terengganu. Moga Allah memberkati Usaha yang dilaksakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.

Sumber : Zaidi Muda, Pengerusi Majlis Belia Terengganu (MBM)
DSC_1942
 
Pegawai Tadbir Terengganu (TCS) turut membantu dalam Misi Kemanusiaan Pembersihan Pasca Banjir di SMK Dabong semalam.
Pegawai Tadbir Terengganu (TCS) turut membantu dalam Misi Kemanusiaan Pembersihan Pasca Banjir di SMK Dabong semalam.

No comments

Powered by Blogger.