#Turun Harga Barang : Kami Menyokong Penuh Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
#turunhargabarang

#WEAREALLISMAILSABRI

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Hari ini saya terpanggil untuk membicarakan isu harga minyak dan juga harga barang-barang yang mana tiada kilasan untuk diturunkan oleh pembekal-pembekal dan tauke-tauke besar didalam negara ini.

Semasa fenomena  harga minyak naik tempoh hari semua kecoh terutamanya para pemimpin PEMBANGKANG serta mengajak rakyat menentang kerajaan dan mengeluarkan  kenyataan-kenyataan yang tidak mengambarkan kita sebagi rakyat yang bernaung dibawah kerajaan persekutuan.

Kenyataan “KERAJAAN ZALIM” telah didendangkan oleh para pemimpin yang berhaluan KIRI (Pembangkang) serta siap dengan  membuat Perhimpunan “TURUN HARGA MINYAK” dan HIMPUNAN Menurunkan KERAJAAN pada ketika itu.



Apabila MINYAK turun kenapa suara-suara itu tidak kedengaran dan membuat HIMPUNAN bagi menurunkan  harga barang. DIMANAKH SUARA RAKYAT ITU???

Sebelum ini tidak sampai 2 hari pun minyak naik dan semua harga barang dinaikkan oleh Pembekal-pembekal dan pemborong yang mana ALASAN Harga Minyak Naik kerana KOS pengangkutan katanya
.
Kini sudah seminggu lebih harga minyak turun dan harga barang masih kekal dengan harga lama .Ini tidak adil kepada pengguna keseluruhannya dan juga kita sebagai bangsa MELAYU yang Majoriti adalah pengguna terbesar  Malaysia.

Oleh itu saya sebagai Pengerusi Biro Kemasyarakatan dan Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu hari ini menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.

DSIS menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun Putrajaya menurunkan harga runcit minyak dan diesel turun.

Teguran yang dibuat beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

Beliau juga mencadangkan pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang.KENYATAAN yang dibuat DSIS di media sosial, menjadi viral dan menerima pelbagai respon baik positif mahupun negatif.

Ismail dalam tulisan di posting Facebooknya menyeru pengguna, yang majoritinya orang Melayu menggunakan kuasa membeli mereka bagi memboikot golongan peniaga, yang majoritinya di kalangan kaum Cina, yang "liat turunkan harga barang walaupun minyak turun harga."

HARI INI Penyokong dan pengikutnya memuji keberaniannya bersuara manakala masyarakat Cina ramai yang menyuarakan bantahan, terutamanya dari kalangan pemimpin DAP termasuk juga dari MCA dan GERAKAN yang menggelarnya bersifat perkauman.

Disini saya dan juga rakan-rakan Exco Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu akan terus membela serta menjaga kepentingan semua kaum terutamanya kaum melayu yang mana kebanyakkan berada di pertengahan.

Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.

Kami juga  mengingatkan peniaga supaya bertanggungjawab dan pengguna supaya bertindak bijak dalam menangani keadaan semasa berhubung keadaan ekonomi negara.

Kami Pemuda UMNO mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak, dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan.

Sekian,

MOHD ZAMANI BIN AYOB
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
Pengerusi Biro Kemasyarakatan dan Komunikasi.



No comments

Powered by Blogger.