Hatta Ramli Mahu Gulingkan Hadi Awang - Ketua Pemuda Pas Pahang


Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik antara yang berucap dalam pehimpunan menuntut Dr Hatta meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015. Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik antara yang berucap dalam pehimpunan menuntut Dr Hatta meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015. 
Ahli PAS tuduh Hatta dalang gulingkan Hadi

Ahli-ahli PAS yang mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli merupakan dalang di sebalik usaha menggulingkan presiden PAS berhimpun sebelum Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.

Ahli-ahli PAS yang mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli merupakan dalang di sebalik usaha menggulingkan presiden PAS berhimpun sebelum Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.

Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.

Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.
Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.

Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik antara yang berucap dalam pehimpunan menuntut Dr Hatta meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik antara yang berucap dalam pehimpunan menuntut Dr Hatta meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.

Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan.

Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini.

Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan.



1 comment:

  1. Harrah's Resort Southern California Announces 2021 - JTM
    Harrah's Resort Southern California 양산 출장안마 announced 제주 출장샵 on Wednesday 군포 출장마사지 it 시흥 출장샵 has Caesars Entertainment's Hollywood Casino at Valley Center announced 전주 출장샵 its Caesars

    ReplyDelete

Powered by Blogger.