i-Kelas dibangunkan bersesuaian sistem pendidikan negara - A. Latiff Awang
Kelas maya dan penggunaan
e-Book yang diperkenalkan kerajaan
negeri di sekolah rendah sebelum ini dinaiktaraf kepada i-Kelas agar bersesuaian dengan perubahan sistem
pendidikan di negera ini.
Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata,
projek perintis itu kini diguna pakai 17 sekolah di seluruh Terengganu yang
diselia dan dipantau Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan
kerjasama Top IT melalui laman sesawang khas.
Katanya, keberkesanan program
i-Kelas dapat dibuktikan dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kemaman
apabila berjaya menjadi johan dalam
Pertandingan Digital Story Telling dan mewakili Terengganu ke peringkat
kebangsaan.
“Kelas maya yang dijalankan
sebelum ini hanya menumpukan pembelajaran maya secara statik di dalam kelas
dibantu peralatan mengajar, guru dan komputer.
“Manakala i-Kelas lebih
menumpukan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT,
tidak bergantung kepada kesediaan internet di sekolah, proses pembelajaran
secara multimedia iaitu text, video, gambar dan audio,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika menjawab soalan Ariffin Deraman (BN-Alur Limbat) pada sesi penggulungan
Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari
ini.
A Latif turut
memberitahu, peralatan yang diguna pakai
bagi mengendalikan i-Kelas, termasuk projektor interaktif, komputer guru,
tablet murid, akses wifi dan bahan pembelaran digital.
“’Pengunaan i-Kelas akan melahirkan modal insan mempunyai
kemahiran kolaboratif, komunikasi, pembinaan ilmu penggunaan ICT terkini,
inovasi, menyelesai masalah dan tapis kendiri,” katanya. - terengganu.news
No comments