Alhamdulillah... Anugerah Blogger Terbaik EPIC Berhad 2017
Alhamdulillah.... Selesai
sudah Majlis Malam Penghargaan Dan Anugerah Media 2017 anjuran EPIC Berhad di Hotel Primula, Kuala
Terengganu malam tadi(15 Disember 2017).
Empat kategori
dipertandingkan pada anugerah berkenaan iaitu kategori Penulisan Blogger Terbaik , Penulisan
Artikel Media Cetak dan Online, Jurugambar Terbaik dan Berita Media Elektronik
Terbaik.
Mohd Zamani Ayob dengan
artikel 'One Belt and One Road’ : EPIC,Gerbang Timur Bagi Pelabur Antarabangsa telah menyertai pertandingan Penulisan Blogger Terbaik bagi bagi
tahun 2017 dan telah dinobatkan sebagai juara pada malam tersebut.
Anugerah kepada pemenang
disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor bagi ketagori
tersebut.
Manakala bagi kategori Media
Cetak dan Online dijuarai Ketua Biro Utusan Malaysia Terengganu, Wan Zulkifli
Wan Yaacob dan membawa pulang wang tunai RM1,500; sijil penyertaan dan hamper.
Tempat kedua dimenangi
wartawan Utusan Malaysia, Mohd Iswan Shafiq Mat Isa, manakala tempat ketiga
wartawan Unit Komunikasi Negeri, Suriati Ali.
Sementara itu, Radio
Televisyen Malaysia (RTM) Terengganu merangkul dua anugerah untuk tempat
pertama dan kedua kategori Media Elektronik, manakala tempat ketiga dimenangi
wartawan sambilan Astro Awani, Yusof Mohd Ali.
Hadiah disampaikan Yang
Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong mewakili
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Hadir sama, Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc Wan Rudirman Wan Razak; Pengurus Besar
Bahagian Perancagan dan Komunikasi Korporat EPIc, Abdul Adzim Abdul Hamid dan
Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), Wan Abdul Rahman Hayat.
Majlis sama turut
mengiktirafkan Ketua Biro Utusan Terengganu Wan Zukifli Wan Yaakob sebagai
penerima Anugerah Khas Kewartawanan, selain menggondol tempat pertama bagi
kategori Media Cetak dan Portal Berita Online (Berita dan Rencana).
Dua penganugerahan itu
melayakkan Wan Zulkifli membawa pulang hadiah wang tunai RM4,500 beserta sijil.
No comments