Outlet ‘Chicken Cottage’ Nigeria dibuka secara rasminya semalam

Alhaji Atiku Abubakar, dua dari kanan ketika perasmian pembukaan Chiken Cottage di Abuja Nigeria[/caption]

Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB)telah melebarkan sayapnya di benua afrika ketika ini yang mana memperkenalkan rangkaian restoran makanan segera ‘Chicken Cottage’.

Terbaru produk makan halal berkenaan 'Chicken Cottage' kini dibuka  di negara Nigeria dan  secara rasminya semalam di Abuja.

Pemilik restoran berkenaan adalah bekas Naib Presiden, Alhaji Atiku Abubakar berkata, rancangan beliau untuk membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Afrika Sub-Sahara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan outlet Chicken Cottage berkenaan semalam dan beliau tururt berjanji untuk membuka lebih banyak cawangan di lokasi strategik di Nigeria.

"Sasaran kami untuk membuka outlet Chicken Cottage di setiap negeri di Nigeria", katanya dipetik dari News Agency Of Nigeria.

Menurut  Abubakar , beliau berhasrat untuk membangunkan Chicken Cottage Nigeria sebagai hab serantau bagi semua operasi di Sub-Sahara Afrika.

"Untuk tujuan ini, saya telah memberi kelulusan kepada pihak pengurusan untuk memulakan perbincangan dengan Chicken Cottage International."

"Kami berkeyakinan bahawa penubuhan chicken cottage outlet di negeri-negeri akan membantu mengurangkan pengangguran di negara ini.

"Kami berkeyakinan akan  mempunyai sekurang-kurangnya satu outlet di setiap negeri dan akan dapat membantu warga Nigeria untuk bekerja.

"Kami akan menyediakan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu warga Nigeria yang akan memperolehi pendapatan (upah hidup) dan seterusnya menyumbang untuk mengurangkan pengangguran di Nigeria", katanya.

Tambahnya, Cottage Chicken juga akan menyumbang kepada pendapatan petani tempatan sebagai contoh bahan mentah utama bagi produk itu akan diperolehi dari kalangan petani tempatan.
"Ianya termasuk hasil pertanian seperti ayam, sayuran, kentang, beras"

"Kegembiraan saya yang paling utama adalah untuk memberi nasihat kepada petani tempatan  dan melihat mereka mempunyai hasil yang dibeli dan digunakan di sini di Nigeria dan Afrika, dengan itu secara tidak langsung akan memperkasakan mereka.

"Selain itu, manfaat berganda dari perusahaan ini akan diperluas kepada pengangkut, pembekal minuman, pengilang perkakas, Artisans dan juga pembuat perabot", katanya lagi. - terengganu.news

No comments

Powered by Blogger.